Powered By Blogger

Friday, 29 April 2011

internet yang lembap VS Cityville yg lembat...



sebut saja FB semua org tahu..adik aku darjah5 pun tau FB tu stand for what?.. kalo awal2 kewujudan FB ni aku pun tak tau FB ni pe..sampai ada kawan aku kata FBI ke (Faizal Bin Ismail)..bukan bukan bukan..FB ni la facebook..
tapi aku bukan nak citer pasal FB ni sebab bnda ni dah lapok dah semua org tahu.. tapi aku nak citer pasal internet yang lembap...tapi aku rasa dah ramai org luah kan perasaan lam blog mahu pun dalam FB pasal ni..jadi aku amik keputusan nak citer pasal satu game Zynga ni..ala game yang paling famos lam FB tu la.. banyak games diorng contohnya FarmVille, Burger la pape lagi la..

aku pun minat gak main game diorang..kira tahap gian baban la org cakap..game aku main Cityville.. game ni berkisarkan tentang bina bandar sendiri.. huh aku apa lagi macam2 la aku bina lam bandar aku ni.. walaupun game ni agak budak2 sikit..tapi orang tua pun ramai yang maen game ni huhu...

bak kata org celik je mata pagi-pagi buka laptop, buka FB, buka game...baru la aku pgi basuh gigi and buat apa yang patut..sebab nak tunggu loading game tu lama giler...hoh...

tapi game tu kekadang buat aku begang sebab lembap nak mampos..aishhh sabo je la...tapi lembap2 pun aku setia gak ngn ko games..dok gak mengadap ko tiap2 ari sampai tak jadi nak buat keje..

aku pernah terpikir nak berhenti dalam dunia game ni..mungkin suatu hari nanti..haha




ala-ala cam ni la games nya...

benci dgn org sidai baju tak guna hanger..



lama tak menulis entri walaupun sememangnya aku baru nak blaja nulis entry ni.. tajuk arini aku hangin ngan budak-budak asrama  yang pndai sidai kain tapi buat penyedai macam bapak ko punya..dah la penyedai 4 baris jek.. ko buka bju luas-luas (sidai luas-luas tanpa guna hanger, jangan salah faham)...aku ni hanger baju aku pun tak de ruang da..

kowt ye pun dah tau orang ramai nak guna penyedai pandai-pandai la bajet guna hanger..kalo nak buat gak ko sidai la baju ko lam bilik ko senyap2..hoh...cam sh** je prngai..kalo baju ko basuh wangi tak pe la gak.. ni baju aku yang dah celup softlan nak sidai pun susah..


 baby pun pandai sidai baju pakai hanger..huh

jadi tolong-tolong la hormat hak orang lain gak, orang lain pun bayar yuran asrma yg mahal 
emm kalo korang rasa korang nak jemur cam tu aku ada idea.. ni haaa luas punyaaa

tapi sebelum tu tanya dlu mak cik ni boleh ke tak...


Sunday, 24 April 2011

Pedoman ari ini....^^

Terdidik Kerana Sebiji Tembikai
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq
Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai
itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan
marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah
tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada
barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli
barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap
hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau
tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.
Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah
dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Hanya Ingin Mengingatkan ….
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali …
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu “, iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur’an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Saturday, 23 April 2011

mula-mula tulis blog

perghh dulu aku kritik org yg suka tulis blog ni, aku ckp diorng ni xde kje ke dok tulis citer pnjng2 plk tu.. somthing like that la.. tp ptg tdi aku terbuka n terbaca 1 blog mamat ni..rhsia la kot sapa mamat ni..maka terbuka la minatku nk ad blog sndri..mamat tu pnya ayat dlm blog perghh sdp di baca.. smpai aku ter admire hoh!!! bru aku tau selain luah kn prsaan n berkongsi prsaan, blog gak mampu meng share kn sebarang mklumat..
sesuaila ngn aku yg bnyk lyn prsaan ni...  emm hope aku rjin n kekal dlm dunia blogger ni...^^